aizat - pergi -

Tuesday, July 26, 2011

No 1

Anak ku Ct dan Fiqa, menunjukkan kertas peperiksaannya Ujian Selaras Dua , tengok soalan mengingatkan aku sewaktu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Serkam dulu, Guru-guru yang kreatif dalam mendidik anak-anak muridnya. Tidak ku lupa Cikgu Bakar dengan angklungnya, Cikgu Sharif dengan rotan saktinya, Ustaz Hassan Nilam dengan rotannya. Berkat ajaran dari guru-guru inilah aku sentiasa mendapat tempat pertama dalam kelas hingga darjah enam. Tiap Kali dapat hadiah semasa hari penyampaian hadiah orang mesti kata, asyik-asyik anak haji Ali, Teringat kawan-kawan lama dulu Fuad, Zulhisham, Zarina , Rauf apa dia orang buat sekarang ni
Mak! Mak! bagus tak adik punya ni, tersenyum aku bagus sayang.... belajar pandai-pandai nanti hidup senang , tidak mudah diperkotak katik oleh orang.  " Apa tu mak!," aku je yang faham...........

Durian! oh Durian!

O kome durian dah gugur, mari kita sama-sama suluh..........Os menyanyi mengingatkan along macamana dulu adik along yang comel dan berbadan bulat.  Balik beritahu mak , nak makan burian! burian!.   Maka kata burian , sebut tak betul tu du ri an.  Mak termenung mana nampak durian , adik kata kat sampah rumah mok teh  timah.Along nampak airmata mak tergenang tapi dia kemudian tersenyum nanti mak beli. Mak memang seorang ibu yang penyayang di belinya durian sebiji dibuatnya bubur kacang semua orang boleh rasa. Sekarang ni..... berbiji durian boleh dibeli macam-macam jenis , tapi mak dah tak boleh makan banyak , kepala pening katanya.
Adik ku yang comel macam apak dah cukup lebar dah , dah sampai luar negara dah dia Jepun , Korea dah dijelajah.  Siapa sangka dulu tolak basikal buruk kini dengan motor , kereta ayo...... mak we je lum nampak lagi

Wednesday, June 29, 2011

kasih sayang dan cinta seorang suami dan bapa

malam telah larut, kesunyian mengimbau kembali bagaimana kasihsayang dan cinta dilahirkan walaupun tanpa ungkapan cuma perbuatan. Di malam penuh kenangan , apak balik balik dari laut membawa ikan duri yang besar untuk diberikan kepada anak dan isteri. Masih teringat bauan asli badannya; apak ku sayang, sarah ! topet! tengok ikan boleh berenang dalam besen berwarna biru. akau amat gembira. Keesokannya emak dengan rasa cinta ingin membuat resepi istimewa resepi masak asam ikan duri. Emak aku memang pandai masak tu , ayo yo ada kelas beb, chef terbaik dalam hidupku, makan gerenti menjilat jari, pokok cerita kalah KFC.Emak o...mak sayang emak.....
Dalam kesunyian pagi itu tiba-tiba terdengar nyaring jeritan emak, emak menangis , apak terus peluk mak kenapa, aku tercengang dengan adik-adik rupanya emak kena sengat ikan duri, apak terlupa buang satu ekor sengat, kapur diambil sapu tangan emak. Kamu tahu apa apak buat masa tu, selepas menyapukan emak ubat. Dia dengan kekuatannya mengangkat besen berisi ikan pari itu dibawa keluar paya diketuk dibuangnya. Tak payah makan ikan ini, lalu dia duduk dibatang pokok nangka termenung kesedihan. Emak kata kenapa dibuang . Dia dah sengat tak payah, dalam nada berbaur sedih dan marah, sambil membelek tangan mak yang bengkak, jom pergi klinik.........

Tuesday, June 14, 2011

ibuku sayang

  Jam telah menunjukkan pukul 4 pagi , aku melihat emak  duduk menggelek batu giling , mengiling rempah otak-otak, kelapa tujuh biji digunakan ,  berapa sabarnya dia ibuku sayang, tidur tidak cukup ,semata-mata untuk membesar anak-anaknya. Habis menggiling rempah jam 8pagi. Otak-otak ditepek kedalam daun yang telah siap disediakan oleh aku dan adik-adik sejak malam tadi. Siap ditepek apak akan membakar dengan kepakarannya. kebiasaannya ramai orang datang membeli di rumah. Jumlah harian mencapai 170 keping. Dengan duit itulah aku dibesarkan , dengan duit itulah aku belajar erti kehidupan yang penuh cabaran.Tanpa sedikit bantuan dari mana-mana pihak.Selepas emak siap semuanya dia sedikitpun tidak merasa penat , menyiapkan kelapa untuk dibuat di buat minyak kelapa. super power woman.

Tuesday, April 19, 2011

sedapnya ikan segar , rasanya manis . ikan selangat bakar, kalau nak makan kena pandai , apak kata buang kanan dan kiri sisi ikan baru lah senang makan.  jam 4 pagi emak sibuk bangun memarut kelapa untuk dibuat otak-otak.  aku sebagai anak yang sulong mula menjalankan rutin harian membantu ibu. membungkus nasi lemak untuk dijual sebelum pergi ke sekolah. Nasi lemak! nasi lemak. masa itu cuma 10 sen satu. apak pula sibuk menjual ikan , ikan-ikan dengan basikal tuanya. tepat jam lapan bara api pula dihidupkan apak pun balik untuk membakar otak-otak pula. siapa tidak kenal otak-otak hj ali terkenal di kampung serkam . itu cuma tinggal kenangan............