Anak ku Ct dan Fiqa, menunjukkan kertas peperiksaannya Ujian Selaras Dua , tengok soalan mengingatkan aku sewaktu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Serkam dulu, Guru-guru yang kreatif dalam mendidik anak-anak muridnya. Tidak ku lupa Cikgu Bakar dengan angklungnya, Cikgu Sharif dengan rotan saktinya, Ustaz Hassan Nilam dengan rotannya. Berkat ajaran dari guru-guru inilah aku sentiasa mendapat tempat pertama dalam kelas hingga darjah enam. Tiap Kali dapat hadiah semasa hari penyampaian hadiah orang mesti kata, asyik-asyik anak haji Ali, Teringat kawan-kawan lama dulu Fuad, Zulhisham, Zarina , Rauf apa dia orang buat sekarang ni
Mak! Mak! bagus tak adik punya ni, tersenyum aku bagus sayang.... belajar pandai-pandai nanti hidup senang , tidak mudah diperkotak katik oleh orang. " Apa tu mak!," aku je yang faham...........


along oittt pagi tul berblogging hheheh ..
ReplyDeletelong update le...adoi..lamanye
ReplyDeletehari ni nak update sayang sungguh
Delete